Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MINISTRY OF DEFENCE CELEBRATES ILAL HIJRAH 1448H/2026M

BELAIT, Friday, 19th June 2026 – The Ministry of Defence today held the Ilal Hijrah 1448H/2026M Celebration Ceremony simultaneously at selected mosques and places of worship across all four districts, as well as at all suraus within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, camps and bases.

This year's Ilal Hijrah celebration emphasised the spirit and significance of Hijrah through community outreach programmes in rural areas as an effort to strengthen Da'wah initiatives and engage with new converts. Implemented through close collaboration with the Islamic Da'wah Centre and the Department of Mosque Affairs, Ministry of Religious Affairs, the initiative reflected a Whole-of-Nation approach towards strengthening religious understanding and enhancing community well-being. The programme also commemorated the historic Hijrah of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam from Makkah to Madinah, while fostering unity, strengthening ukhuwah,and enhancing ties between personnel of the Ministry of Defence and the local community.

Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander RBAF present during the event as representative from the Ministry of Defence at Balai Ibadah Kampong Melilas in Belait District. Also in attendance were Senior Officers, Officers and personnel of the Ministry of Defence.

Among the invited guests were Acting Belait District Officer; representative from Belait District Islamiah Da'wah Branch and Religious Office; Penghulu of Mukim Bukit Sawat; Penghulu of Mukim Sukang; and Bilal Balai Ibadah from Kampong Melilas and Kampong Sukang.

The programme commenced with a Tadarus Al-Quran, followed by a Tazkirah entitled “Hijrah Penyelamat Aqidah", delivered by Yang Mulia Captain Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Religious Officer from the RBAF Religious Directorate. The event also witnessed the presentation of donations from the Ministry of Defence to the Bilal Balai Ibadah Kampong Melilas and also to Bilal Ibadah Kampong Sukang.

This year's celebration was also enlivened with a Thanksgiving Prayer Ceremony held in honour of the Ministry of Defence personnel and members of the local community who had safely returned after successfully performing the Hajj pilgrimage in the Holy City of Makkah Al-Mukarramah.


BELAIT, Jumaat, 19 Jun 2026 – Kementerian Pertahanan hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448H/2026M secara serentak di masjid dan balai-balai ibadah terpilih di keempat-empat daerah, serta di kesemua surau garison, perkhemahan dan pangkalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Konsep Sambutan Ilal Hijrah 1448H pada tahun ini menekankan penghayatan nilai-nilai hijrah melalui program jangkauan masyarakat di kawasan pedalaman sebagai usaha memperkasa dakwah dan mendekati saudara-saudara baharu. Perlaksanaannya melalui kerjasama erat bersama Pusat Dakwah Islamiah dan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama mencerminkan pendekatan Whole-of-Nation dalam memperkukuh penghayatan agama serta kesejahteraan masyarakat. Inisiatif tersebut turut memperingati peristiwa agung Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam dari Kota Makkah ke Kota Madinah, di samping memupuk semangat perpaduan, mempererat ukhuwah dan mengukuhkan hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Pertahanan dan masyarakat setempat.

Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama ABDB hadir di acara tersebut bagi mewakili Kementerian Pertahanan di Balai Ibadah Kampong Melilas di Daerah Belait. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan.

Antara jemputan khas yang diundang ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait; Wakil dari Cawangan Da'wah Islamiah dan Pegawai Ugama Daerah Belait; Penghulu Mukim Bukit Sawat; Penghulu Mukim Sukang; dan Bilal Balai Ibadah daripada Kampong Melilas dan Kampong Sukang.

Perisian majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran, diikuti dengan penyampaian tazkirah yang bertajuk “Hijrah Penyelamat Aqidah" yang disampaikan oleh Yang Mulia Kapten Mohammad Ayza Azrine bin Ayahani, Pegawai Agama, Jabatanarah Agama ABDB. Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Kementerian Pertahanan kepada Bilal Balai Ibadah Kampong Melilas dan juga Bilal Balai Ibadah Kampong Sukang.

Sambutan pada tahun ini turut diserikan dengan Majlis Doa Kesyukuran bagi meraikan para jemaah haji dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan dan masyarakat setempat yang telah selamat kembali selepas menyempurnakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.